Followers

Selasa, 31 Ogos 2010

Kemerdekaan ke - 53


                                                                  

      Menjelang 31 ogos,semua orang akan mengetahui bahawa tarikh itu adalah tarikh kemerdekaan. Aku berasa sungguh bersyukur kerana aku telah dilahirkan selepas perang dunia ke 2. Aku perlu bersyukur pada tuhan kerana telah melahirkan aku pada tahun yang sudah menjelang kemerdekaan.

     Aku sungguh meminati filem Tan Sri P.Ramlee. Yang paling aku minati adalah filem SARJAN HASSAN. Pada filem ini semangat yang telah ditunjuk kan oleh askar melayu sungguh cekal terutama HASSAN. Moral yang terdapat dalam filem ini adalah janganlah kita berputus asa walaupun kita dalam keadaan yang bahaya. Ingatlah USAHA ITU ADALAH TANGGA KEJAYAAN.

     Pada tahun ini,kemerdekaan telah disambut pada bulan yang sungguh mulia iaitu bulan ramadhan. Sebut bulan ramadhan ini banyak peristiwa yang aku ingin kongsikan.

     Pada aku berumur 6 tahun,ibu atau lebih mesra UMMI telah mengajar aku untuk berpuasa. Pada mula Nya, ummi berjanji akan bagi 1 ringgit untuk satu hari aku berpuasa.

     Dan pada umur aku menjelang 12 tahun, aku telah berjaya berpuasa penuh dan pada tahun ini lah tahun paling kelakar bagi aku kerana aku telah terminum secawan air sejuk . Tapi masa itu aku betul-betul terlupa yang aku berpuasa. Pada hari raya ummi telah menhadiah kan duit raya.SYUKUR

     Itu saje lah yang aku dapat kongsikan dengan kalian.Aku rasa ummi tidak akan bagi duit raya lagi kepada ku kerana aku telah meningkat remaja. Dan aku ingin ucapkan MERDEKA

1 ulasan:

  1. bijakpun budak nakal!!!

    terminum bukan tertenguk!! salah tu

    BalasPadam